Berita Hari Ini

Sultan Johor bina rumah untuk rakyat tak ambil untung walau satu sen

MERSING: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar yang prihatin mengenai masalah perumahan rakyatnya sanggup rugi dalam melaksanakan program perumahan untuk Bangsa Johor di negeri itu.

Memetik sumber Berita Harian, Baginda bertitah, butiran fasa pertama yang dinamakan Rumah Impian Sultan Ibrahim itu akan diumumkan esok sempena prapelancaran projek.

“Fasa pertama saya nak buat dalam 600 unit termasuk banglo dan Semi-D. Rumah atas tanah. Mana ada banglo yang boleh bawah RM100,000 dan Semi-D. Tak ada lagi wayar-wayar elektrik macam sarang labah-labah kat atas. Tak ada lagi. Semua (longkang) ditutup… bersih.

“Saya percaya benda ini saya tak akan rugi, tetapi kalau rugi pun saya akan tanggung. Kalau rugi pun saya tak banyak, saya rasa tak apa itu amal jariah saya kepada rakyat saya.

“Jikalau Rumah Impian Sultan Ibrahim ini menjadi betul-betul impian rakyat seluruh negara, kalau saya dapat sokongan daripada kerajaan Persekutuan untuk saya bina rumah rakyat untuk negara, saya buatkan dengan tidak mengambil untung satu sen pun. Biar rakyat semua ada rumah,” titahnya dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini.

Temubual itu bersempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, pada Khamis ini.

Sultan Ibrahim juga berkata, projek dibiayai Bank Rakyat dengan dana sehingga RM500 juta, manakala pembeli akan diberikan kadar faedah yang rendah mengikut gaji supaya mereka mudah membayar semula pinjaman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");