Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Loji Rawatan Air Kg.Senawar Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR:Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzudin Shah merasmikan Loji Rawatan Air Kg. Senawar di sini hari ini.

Projek loji kg. Senawar dilaksanakan oleh Lembaga Air Perak (LAP) untuk menambah bekalan air ke Bandar Diraja Kuala Kangsar dan kawasan sekitar sekaligus menampung permintaan yang meningkat.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nur Mahani Raja Shahar Shah, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tuanku Suraya Abdul Halim Shah.

Mengiringi keberangkatan baginda ialah wakil Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pengurus Besar LAP, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Zainol semasa sembah ucapannya sebentar tadi berkata projek ini dimulakan pada Ogos 2014 dan siap pada April 2016 dengan kos bernilai RM46.2 juta.

Menerusi projek tersebut, kapasiti pengeluaran air di Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sekitarnya telah meningkat dari 43.0 juta liter sehari kepada 66.0 juta liter sehari.

Malah menerusi pelaksanaannya peningkatan sebanyak 53 peratus dijangka mampu menampung permintaan bekalan air sehingga tahun 2030.

Projek ini juga memberi tambahan bekalan kepada kapasiti pengeluaran air loji sediada iaitu Loji Rawatan Air kota Lama kiri dan Loji Rawatan Air Padang Rengas.
Loji ini dilengkapi sistem scada untuk pengawalan,pemantauan dan keselamatan operasinya.

“Ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat selama 20 bulan melalui pengurusan kontrek dan pembinaan yang cekap,” katanya.

Sultan Nazrin terdahulu turut berkenan melawat tapak loji dan ruang pameran sejurus selepas majlis perasmian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");