Isu Panas

Tak Mudah Parti Lain Takluk Kelantan

SHAH ALAM : Bukan mudah bagi parti lain untuk menakluk dan menduduki Kelantan, tegas Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Oleh itu, beliau berkata, azam Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menawan Kelantan menjelang PRU akan datang hanyalah angan-angan politik.

Nasrudin berkata, tidak mudah bagi Amanah yang disifatkan hanya ‘setahun jagung’ bertapak dalam arena politik untuk merampas Kelantan daripada Pas.

“Saya sifatkan ia hanya angan-angan politik Amanah. Amanah perlu tahu, untuk memenangi PRU, sesebuah parti itu perlu ada kekuatan asas terlebih dahulu.

“Kekuatan asas yang perlu ada termasuk cawangan, ahli dan pengundi, bukannya sekadar ada parti kemudian buat gempak pada satu atau dua program dan seterusnya buat kenyataan akan menang di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian.

“Kami yang daripada parti-parti lama termasuk Umno pun tahu nak menang sesebuah negeri bukan mudah. Secara asasnya dari awal lagi Pas akan pertahankan Kelantan dari mana-mana pihak,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");