Membawang Hari Ini

Tak Sabar Tunggu Filem Cinderella

KUALA LUMPUR: Pelakon utama Cinderella, Haliza Misbun mengakui teruja dan tidak sabar melihat drama rantaian popular yang berusia 20 tahun itu dipindahkan ke layar perak seperti yang dibayangkan pelakon serta penerbit terkenal, Ahmad Idham, baru-baru ini.

Memetik sumber Berita Harian ujar Haliza, 43, usaha itu sepatutnya sudah lama terlaksana namun disebabkan mereka masih mahu menggunakan khidmat penulis skrip asal drama itu, Mohd Noor Kadir, perancangan membawa judul itu ke layar perak tergendala seketika.

“Kami pernah bertemu dengan Mohd Noor dan memintanya menghasilkan skrip filem Cinderella tetapi beliau menolak kerana tidak mahu kenangan penonton terhadap drama popular itu diganggu dengan kehadiran produksi ini.

“Selepas melihat reaksi positif peminat, selain keterujaan saya dan Idham yang ingin impian besar kami direalisasikan, beliau akhirnya bersedia mempertimbangkan permintaan kami. Apapun, kami serahkan kepada Mohd Noor untuk menentukan jalan ceritanya,” katanya.

Mengulas keterujaan peminat terhadap drama terbabit seperti yang terpapar pada bahagian komentar gambar yang dimuat naiknya di laman sosial, Haliza berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkannya.

“Saya tidak terkejut dengan reaksi positif netizen, terutama apabila berita mengenai Cinderella bakal difilemkan kerana sebelum ini, saya sering mendapat maklum balas yang sama.

“Ke mana saja saya pergi, orang masih memanggil saya Cinderella. Watak itu memang melekat dalam diri saya walaupun saya banyak membintangi drama lain,” kata pelakon yang mula dikenali menerusi filem Abang 92 ini.

Tambah Haliza, walaupun Idham pernah mengarahkan filem Cinderella sebelum ini, yang dikatakan mengambil inti pati drama lakonan mereka, namun dirinya yakin produksi itu tidak sama dengan gandingan asal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");