Sukan Hari Ini

Tan Cheng Hoe Reda, Anggap Ujian Buat Kedah

Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dan kesedihan apabila diberitahu mengenai kecederaan tonggak muda harapan, Amirul Hisyam Awang Kechik.

Pemain tengah berkaliber yang juga tonggak skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara itu disahkan mengalami keretakan tulang betis ketika beraksi menentang Perak dalam sangan Piala FA baru-baru ini.

Berikutan itu, pemain berusia 21 tahun berkenaan perlu berehat selama sekurang-kurangnya lima bulan sebelum dapat kembali bersama pasukan Kedah.

“Saya tahu bagaimana sedih dan kecewa apabila mengalami kecederaan dan perlu melupakan bola sepak selama beberapa bulan sehingga pulih sepenuhnya kerana saya juga bekas pemain.

“Malah sebagai jurulatih, saya juga kecewa dan sedih dengan berita ini kerana Amirul Hisyam seorang pemain muda yang berkaliber dan matang di atas padang.

“Bagaimanapun saya harap Amirul Hisyam dapat bersabar dan memberi sepenuh perhatian untuk merawat kecederaan sebelum kembali menjalani latihan dan membantu Kedah meraih kejayaan selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, tahun lalu, Kedah terpaksa melupakan khidmat Syazwan Tajuddin yang menjalani pembedahan akibat kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan).

“Ketika itu, saya kehilangan pemain pertahanan yang mampu beraksi di mana-mana posisi pertahanan, kemudian Ariff Farhan pula menerima nasib sama.

“Inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh pemain bola sepak dan mereka perlu memperkuatkan mental dan memberi perhatian dalam fasa pemulihan untuk kembali cergas dan beraksi semula,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Beliau memberitahu, berikutan kecederaan yang dialami, Amirul Hisyam turut tidak dapat menyertai skuad B-23 negara untuk menimba lebih ilmu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");