Perak Hari Ini

TBG Tewas Ditangan TRW

IPOH : Kelantan berjaya menundukkan skuad The Bos Gaurus (TBG) di laman lawan apabila menewaskan pasukan tuan rumah 4-2, di Stadium Perak, malam tadi.

Perak cuba untuk mendahului perlawanan sebaik wisel permulaan ditiup namun berjaya diselamatkan oleh penggawang gol Kelantan, Mohd Ramdhan Ab Hamid.

Bagaimanapun, gawang gol skuad The Red Worrior (TRW) berjaya dibolosi menerusi tandukan Vladislav Mitkov Mirchev pada minit ke-17.

Kelantan kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-37 apabila Mohamad Ghaddar berjaya menjaringkan gol.

Sebaik babak kedua bermula, beberapa aksi mendebarkan berlaku di hadapan gawang gol tuan rumah apabila beberapa percubaan dilakukan oleh skuad TRW, namun gagal untuk membolosinya.

Skuad kendalian Mehmed Durakovic juga dilihat cuba menambah jaringan menerusi beberapa percubaan namun gagal mendahului perlawanan apabila jaringan yang cuba dilakukan tersasar dari gawang gol TRW.

Cubaan TRW berhasil apabila Ghaddar sekali lagi menambah jaringan untuk skuad kendalian Zahasmi Ismail itu pada minit ke-82.

Penyokong tuan rumah terus terluka apabila Ghaddar menjaringkan gol untuk pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-87.

Di masa kecederaan, Perak berjaya menambah jaringan menerusi jaringan Mirchev.

Bagaimanapun, Kelantan tidak mudah menyerah apabila Indra Putra Muhyiddin menambahkn jaringan untuk Kelantan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");