Sukan Hari Ini

Terbuka Switzerland: Beregu Wanita Tewas

Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Switzerland berakhir apabila beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei kalah, lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Kekalahan mengejut di peringkat suku akhir itu tenyata menggagalkan pasukan Malaysia layak ke pusingan seterusnya.

Gandingan pilihan ketiga itu kalah 18-21, 21-8, 15-21 kepada wakil Denmark, Maiken Fruergaard/Sara Thygesen, yang juga pilihan ketujuh, pada aksi yang berlangsung di Arena Jakobshalle, Basel.

Gandingan Vivian Hoo dan Khe Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia mara ke peringkat suku akhir selepas semua pemain perseorangan dan beregu lelaki serta perseorangan wanita negara kandas di pusingan awal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");