Perak Hari Ini

Tiada kes terbaru Influenza ILI Di Perak

IPOH:Perak mengesahkan bahawa tiada kes baru dilaporkan berkaitan gejala penyakit seperti influenza (ILI) yang menjangkiti pelajar di beberapa sekolah setakat ini.

Memetik sumber kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN), tiada kes baru yang diasingkan (diisolasi) ke dalam bilik isolasi setakat hari ini bagi tempoh 24 jam.

Begitu juga kes terbaru yang dimasukkan wad hospital dan kesemua kes melibatkan para pelajar sebelum ini telah dibenarkan pulang hari ini.

Manakala sehingga kini sampel-sampel yang dilakukan ujian pengesahan, keputusan kumulatif mendapati empat sampel adalah positif Influenza A (H3), dan sembilan sampel positif bagi influenza B.

“Semua sampel yang dihantar sejak dua hari lepas pula adalah negatif,” memetik kenyataan itu lagi.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan JKN akan terus melakukan pemantauan di semua sekolah menerusi kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri selain memberikan pendidikan kesihatan kepada warga sekolah mengenai langkah-langkah pencegahan jangkitan ILI dan Influenza.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");