Sukan Hari Ini

‘Tiada masalah cari pengganti Nazirul Naim’

KETUA jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mempunyai banyak pilihan bagi mengisi posisi pertahanan selepas Nazirul Naim Che Hashim diketepikan daripada skuad Harimau Malaysia bagi menghadapi Filipina, 22 Mac ini.

Nama Nazirul terpaksa digugurkan selepas pemain Perak itu mengalami kecederaan bahu semasa aksi Piala FA bertemu Kedah pada 11 Mac lalu.

“Kita ada Khair Jones yang boleh main di posisi left-back. Matthew Davies juga pernah bermain di posisi itu semasa Piala AFF.

“Begitu juga Fadhli Shas dan Rizal Gazali di posisi right-back.

“Jadi tiada masalah untuk cari pengganti Nazirul,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Terdahulu Kim Swee menegaskan kemenangan di Stadium Memorial Rizal Rabu depan amat penting bagi melonjak kembali ranking Harimau Malaysia.

Ketika ini Malaysia berada di kedudukan ke-161 dalam senarai ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");