Perak Hari Ini

Tiada Pemohonan Rasmi Anjur Debat Mahathir, Nazri Aziz-Polis

IPOH:Polis tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana mana pihak mengenai perhimpunan perdebatan antara Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dikatakan bakal berlangsung pada 25 Mac depan di Padang Rengas.

Pemangku Ketua Polis Perak,Datuk Hasnan B. Hassan menerusi satu kenyataannya hari ini berkata tiada permohonan untuk berhimpun dibuat kepada pihaknya.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis maka perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram.

“Ianya menjadi satu kesalahan dibawah AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012,” katanya.

Ia diperuntukan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Perhimpunan Haram 2012, sekolah termasuk dalam Jadual tersebut.

Sekiranya berlangsung di tempat berkenaan maka pihak polis boleh mengambil tindakan ke atas mana mana orang kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jelasnya lagi adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada di dalam keadaan aman dan damai.

“Pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat di dalam perhimpunan yang dinyatakan, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang – undang yang ada,” katanya.

Terdahulu,Nazri mengesahkan beliau akan berdebat dengan Dr Mahathir di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang pada 25 Mac ini.

Katanya, mereka akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");