Berita Hari Ini

Tidak Mendapat Sokongan Rakan Diplomatik-Korea Utara Hidup Sendirian

Disebabkan kedegilan dalam berdepan dengan pelbagai isu Korea Utara kini terpaksa bersendirian dalam menangani insiden kematian Kim Jong-nam.

Walaupun menjalin hubungan diplomatik dengan 47 buah negara serta membenarkan kewujudan 24 buah kedutaan asing di Pyongyang, tiada satu pun negara yang menjadi sekutu kuat kepada Korea Utara ketika ini.

Seorang bekas diplomat Bri­tain ke Korea Utara, Jim Hoare berkata, negara blok komunis itu tidak pernah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan negara lain.

Ia jelas menunjukkan kedegilan Negara berkenaan meskipun mereka mempunyai hubu­ngan diplomatik.

“Serapat mana hubungan mereka (Korea Utara) dengan sesebuah negara itu, mereka tetap akan mencurigai negara tersebut.

“Saya masih ingat seorang rakan dari negara yang rapat de­ngan Korea Utara memberitahu, dia tidak pernah melihat tentera Korea Utara menjalani latihan. Mereka tidak mendedahkan apa-apa langsung,” katanya seperti dilaporkan CNN.

Ketika ini, 88 peratus daripada keseluruhan produk import Korea Utara datang dari China walaupun hubungan kedua-dua negara juga tidak terlalu baik.

“Mereka bergantung kepada China tapi tidak bermakna mereka sukakan China atau mahu terus menjalin hubungan dengan negara Tembok Besar itu.

“Secara ringkas, Korea Utara tidak pernah meng­anggap mana-ma­na hubungan antarabangsa itu penting bagi mereka,” ujar Hoare.

Pembantu Profesor dari Yonsei University Graduate School, John Delury turut sependapat dengan Hoare dan mendakwa Korea Utara memang tidak pernah rapat de­ngan negara lain.

“Sukar untuk menge­kalkan hubungan baik dengan negara lain terutamanya yang terletak jauh dari negara itu kerana sikap mereka sendiri yang suka membuat sekatan tertentu.

“Lagipun, Korea Utara juga boleh dianggap sebagai sebuah negara yang sangat miskin. Jadi, tidak banyak urusan perniagaan boleh dilakukan dengan mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");