Jenayah

Tiga beranak cemas pokok hempap kereta

KUALA KANGSAR : Tiga beranak berdepan detik cemas apabila sebatang pokok setinggi lebih 20 meter menghempap kereta dinaiki mereka di Bukit Chandan, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, seorang wanita mengalami sedikit kecederaan di bahagian tangan manakala dua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sinar Harian melaporkan, kira-kira 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Kangsar membantu memotong dahan pokok yang menghempap kereta itu.

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang kelihatan masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka.

Setakat jam 6.00 petang tadi, semua anggota masih sibuk memotong dahan pokok dalam usaha mengalihkan kereta itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");