Isu Panas

Tiket Jadi Calon PRU, Adun DAP Hentam Ds Rosmah

Hanya kerana dia Rosmah Mansor maka dia tidak layak menjadi penaung PERMATA. Hanya kerana dia Rosmah Mansor maka apa sahaja yang dibelanjakan itu adalah wang rakyat. Hanya kerana dia Rosmah Mansor maka dia tidak ada hak untuk bersuara.

Itulah sebenarnya sindrom pemimpin-pemimpin DAP dalam strategi mereka menyerang isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, di usia muda mungkin akal fikirannya masih belum mencapai tahap kematangan maksimum dan sebab itu sekarang ini begitu aktif membuat kenyataan bagaikan manusia tiada kewarasan.

Isu Rosmah sebagai penaung PERMATA, tak habis-habis dia buka cerita. Sepertinya ingin mencari gaduh pula.

Selepas pegawai khas Datuk Rizal Mansor menjemput dia melihat sendiri program PERMATA. Mula-mula tu elok saja dia faham dan puji initiatif Ds Rosmah dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

Tapi sekarang, menyalak bagaikan anjing, sibuk mempertikai initiatif tersebut. Tak ada prinsip ke wei. Bee Yin, yang mempunyai kelayakan akedemik dalam bidang kejuruteraan menyatakan Rosmah tidak layak menjadi penaung PERMATA.

Akan tetapi, bagaimana pula dengan dirinya?

Adakah Bee Yin layak untuk mempertikaikan perkara itu sedangkan dia, asas dalam pendidikan awal kanak-kanak pun tak ada.

Mungkin disebabkan sebelum ini terlepas cakap, bila dia puji melambung-lambung selepas melawat salah satu pusat program PERMATA.

Agaknya dia kena menjawab dengan kepimpinan tertinggi DAP. Lantas selepas itu, 360 darjah Bee Yin buat pusingan U-Turn dan mengutuk program PERMATA.

Nampak sangat peranan Bee Yin dalam DAP hanyalah tunggul kayu yang layu di kaki-kaki pemimpin tertinggi.

Bagaimanapun, tindakan Bee Yin seperti ini mungkin kerana bimbang akan kedudukan diri sendiri sebagai adun. Selepas memuji usaha Ds Rosmah dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak, Bee Yin mungkin bakal digugurkan sebagai calon pada PRU akan datang.

Ada kemungkinan disitu kan. Maklumlah, disaat-saat kemelut dalaman DAP ini, mana mungkin kepimpinan tertinggi parti nak pilih calon yang seolah-olah melobi kerajaan.

Bimbang akan perkara itu, maka Bee Yin pun menukar percaturan dari memuji PERMATA kepada mengutuk dan menghentam Ds Rosmah bagi menyelamatkan diri dari dibelasah oleh kepimpinan DAP.

Untuk pengetahuan Bee Yin, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Penaung bermaksud orang yang memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung.

Maksudnya, walaupun Rosmah berperanan sebagai penaung PERMATA namun, beliau tidak ada apa-apa kuasa eksekutif terhadap organisasi itu.

Akhir kata, janganlah jadi bodoh sangat sampai peranan sebagai penaung pun tak tahu.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");