Membawang Hari Ini

Trofi Gempak Man of The Match Ini Adalah Untuk Arwah Pak Yus – Tauke

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Tauke menyifatkan kejayaannya merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu kelima merupakan hadiah untuk rakan baiknya iaitu Allahyarham pelawak Yusry Edoo atau Pak Yus.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, berkata, kemenangannya pada minggu ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakukan persembahan lebih baik meskipun tidak bersama kumpulan Jambu.

“Setelah beberapa tahun penantian saya untuk mendapatkan trofi ini akhirnya ia berjaya menjadi milik saya.

“Ini sebenarnya merupakan hadiah kepada arwah Pak Yus kerana dia merupakan semangat untuk saya terus berada di atas pentas MLM 2017.

“Jika arwah masih hidup mesti dia berbangga dengan pencapaian dan kemenangan saya pada malam ini.

Sementara itu satu-satunya peserta solo, Danial, telah tersingkir pada minggu kelima malam tadi (Jumaat), yang bertemakan Pekerjaan Luar Biasa.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Keputusan Gempak Man Of The Match Minggu Kelima

1. Tauke : 42%
2. Ajak Shiro : 38%
3. Dzawin : 2%
4. Abam Bocey : 1%
5. Fad Bocey : 1%
6. Mamak Puteh : 1%

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");