Berita Hari Ini

Trump ambil langkah tepat selesaikan isu Palestin-Israel – DMDI

MELAKA: Tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjemput pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas ke Rumah Putih bagi membincangkan isu Palestin-Israel merupakan langkah tepat menyelesaikan konflik dua negara itu.

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata kesediaan Trump terlibat dalam proses penyelesaian konflik itu merupakan langkah terbaik bagi membentuk satu penyelesaian jangka panjang konflik tersebut.

“Saya harap pemimpin Palestin menerima pelawaan itu, sekali gus dapat menyelesaikan konflik tersebut demi masa depan rakyat serta Palestin. Ini usaha terbaik Trump dan diharap ia akan menjadi kenyataan.
“Ini juga dapat mencerminkan kepada dunia bahawa Presiden Amerika Syarikat itu bersungguh ingin menyelesaikan konflik itu dan seluruh dunia pasti menantikan usaha seperti ini,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, media melaporkan pelawaan Trump itu dengan Presiden Amerika Syarikat percaya keamanan di dua negara tersebut boleh menjadi kenyataan dan sudah tiba masanya perbincangan diadakan.

Mohd Ali berkata Trump perlu meletakkan keamanan dunia sebagai keutamaannya selepas mengangkat sumpah jawatan presiden negara itu pada 20 Jan lepas.

Beliau berpendapat bagi memastikan perdamaian dua negara itu dapat dicapai dengan sepenuhnya, Israel perlu meninggalkan kawasan yang menjadi milik Palestin.

“Israel masih menduduki sebahagian bumi Palestin dengan membina penempatan untuk rakyatnya, sokongan kepada perkara sebegini (membina penempatan) menyebabkan isu ini akan berpanjangan dan tiada kesudahannya,” katanya.– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");