Berita Hari Ini

Tuduhan Terrorist Adalah Sesuatu Yang Sangat Tidak Wajat-Zakir Naik

Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik menyifatkan golongan yang melemparkan fitnah terhadapnya mempunyai agenda yang tersembunyi.

Menurut beliau, dengan menyebarkan dakwaan bahawa dirinya pembawa agenda terrorist adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.

“Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup saya. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia,” katanya.

Justeru, beliau meminta mereka yang menuduhnya sebagai pengganas supaya menyebut sedemikian di khalayak ramai.

“Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi untuk merealisasikan perkara itu, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya,” katanya.

Penjelasan Dr Zakir itu dipetik dalam satu temubual eksklusif bersama Sinar Harian pada Sabtu.

Pada masa sama, Dr Zakir turut menyifatkan mereka yang menimbulkan persepsi keganasan terhadap minda manusia boleh diklasifikasikan sebagai terrorist.

“Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, lantas mereka buat tuduhan tidak berasas terhadap saya sedangkan saya menyampaikan mesej kedamaian demi Allah SWT,” katanya.

Jelas Dr Zakir, beliau tidak menghiraukan tuduhan itu dan akan terus menyampaikan mesej untuk kebaikan manusia sejagat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");