Isu Panas

Tun M alu-alukan dialog secara langsung

ALOR SETAR: Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan jika sesi dialog antaranya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disiarkan secara langsung.

Namun katanya, kerajaan dilihat kurang gembira dengan penganjuran dialog itu sekiranya ia berjaya diadakan.

“Kita mahu semua hadir dan saksikan sendiri, yang mahu adakan siaran secara langsung pun dialu-alukan.

“Saya seronok sangat jika dibuat secara langsung, tapi nampaknya kerajaan yang tidak berapa seronok,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Menurutnya, pelbagai halangan wujud sehingga polis menolak permohonan penganjur.

Katanya, pihaknya amat teruja untuk memastikan dialog itu menjadi kenyataan.

“Saya seronok sangat nak buat dialog, tetapi ada pihak kurang seronok, mungkin Mohamed Nazri sahaja yang seronok,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hasrat Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mencadangkan pertandingan esei bertajuk ‘Tun Mahathir sebagai pengkritik utama kerajaan’, katanya, sekiranya ada perkara yang tidak betul, adalah menjadi tanggung jawab untuk mengkritik.

“Saya memang suka kritik jika ada perkara yang perlu dikritik. Bila buat kerja tak betul, tak kan tak boleh kritik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");