Isu Panas

Tun M vs Nazri Aziz Atau Mukhriz Mahathir vs Haris Che Mat: Yang Mana Lebih Hangat

Jika sebelum ini, Tun Mahathir telah dicabar untuk berdebat oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz namun kini, isu antara Mukhriz Mahathir dan Bekas Pegawai Politiknya, Haris Che Mat tidak kurang hebatnya.

Haris Che Mat sebelum ini telah mempertikai akan keupayaan Mukhriz sehingga menjadikan beliau seorang jutawan dalam masa singkat. Malah, Haris turut menggesa serta memberi amaran agar Mukhriz memberi penjelasan mengenai kekayaan yang dimiliki kepada orang ramai.

Mukhriz Mahathir bagaimanapun bertindak seperti anak jantan lantas mencabar Haris Che Mat untuk membuktikan bahawa dirinya seorang jutawan dalam masa yang singkat seperti apa yang didakwa.

Haris sebelum ini turut menyatakan bahawa Mukhriz mempunyai RM1bilion di luar senarai yang telah diisytiharkan sebelum ini.

Mukhriz menerusi kenyataan di laman sosialnya menyatakan, sejak beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI pada tahun 2009, dan kemudiannya dilantik Menteri Besar pada tahun 2013, beliau telah mengisytiharkan harta dan liabiliti.

Dan sudah tentulah pengisytiharan harta itu dibuat kepada Perdana Menteri, mengapa pula Mukhriz nak isytihar hartanya kepada bekas pekerjanya.

“Tentunya PM masih ada senarai tersebut.

“Saya mencabar Haris Che Mat untuk membuktikan bahawa saya mempunyai RM1 bilion diluar senarai yang telah saya isytiharkan itu.

“Jika Haris berjaya membuktikannya, saya akan menyumbang RM500 juta untuk pembangunan sekitar Jerlun, dan RM500 juta lagi untuk Pokok Sena.

“Jika Haris gagal membuktikannya, Haris pula yang perlu menyumbang jumlah yang sama kepada pembangunan di Jerlun dan Pokok Sena,” ujarnya dalam satu kenyataannya petang ini.

Sekarang, tiba masa untuk Haris berfikir semula sama ada perlu atau tidak sesi berdebat itu. Ini kerana, jika beliau gagal mengemukakan bukti dakwaanya seperti yang dituntut Mukhriz maka lesap harta RM1billion.

Pada 23 Mac lalu Haris telah mencabar Mukhriz untuk berdebat megenai kekayaan yang dimilikinya sehingga beliau dikatakan boleh bergelar ‘bilionaire’ dengan aset berbilion ringgit.

Mukhriz yang disifatkannya sebagai ‘sangat kaya’ mendedahkan faktor kekayaannya berikutan selama ini pembangkang hanya mempertikaikan kemewahan dimiliki pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Haris yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Pokok Sena berkata, beliau mahu sesi debat itu diadakan sebelum bulan Ramadan atau hujung Mei dan dianjurkan di dalam Parlimen Jerlun.

Mukhriz dalam menjawab reaksi spontannya hari sama  mengenai dakwaan ke atas dirinya seorang ‘ billionaire’ telah  menetapkan tarikh perdebatan paling cepat ialah pada 29 Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");