Membawang Hari Ini

Uqasha selesa berdiam diri

SEJAK mula menyertai industri seni empat tahun lalu, ada sahaja kisah kontroversi yang mengiringi perjalanan karier gadis berusia 25 tahun ini.

Kontroversi demi kontroversi yang melandanya itu secara tidak langsung mencalarkan nama Uqasha Senrose di dalam industri seni.

Bahkan akui Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, dek kerana sering dikecam netizen, dia kini semakin lali dan mengambil pendekatan untuk tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan orang lain.

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, dia juga tidak terlepas dari merasa tertekan.

“Dulu saya memang cepat tertekan, mungkin silap saya kerana dari awal ada sahaja benda yang berlaku yang mencalarkan nama saya.

“Lagilah selepas saya buka tudung tahun lepas, ramai yang kecam saya.

“Tapi saya ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing dan jadi diri sendiri. Kadang kala memang tertekan, tapi saya tak mahu fikir sangat.

“Sebab itu kini saya lebih selesa berkongsi hal kerja sahaja di laman sosial, hal privasi biarlah terus menjadi privasi,” ujarnya.

Tambah Uqasha, biarpun sering dikecam netizen, namun ada antara mereka yang memohon maaf apabila berjumpa dengannya.

“Walaupun sering dikecam di laman sosial, tapi saya tidak pernah lagi diserang apabila berada di luar.

“Sebaliknya ada yang datang berjumpa saya memohon maaf dan mengakui pernah mengkritik saya di media sosial serta meminta untuk bergambar,” katanya yang mahu menjadi diri sendiri sepanjang masa.

Dalam perkembangan lain, Uqasha berkata, dia baru sahaja tamat menjalani penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna yang ditayangkan di saluran Hypp TV dan bakal memulakan penggambaran Hero Seorang Cinderella bersama Michael Ang.

“Selepas membawakan watak antagonis dalam Syurgaku Tak Sempurna, ramai yang memberikan komen positif, Alhamdulillah.

“Jadi untuk Hero Seorang Cinderella, saya akan membawakan watak antagonis juga dan saya akan cuba memberikan kelainan dalam lakonan.

“Bila kita sudah mula untuk bawa pelbagai karakter, secara tidak langsung saya belajar bahawa berlakon itu tidak perlu untuk jadi cantik sahaja,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");