Sukan Hari Ini

Wilshere Masih Samar Musim Depan

PEMAIN pinjaman Bournemouth Jack Wilshere mengakui masih belum pasti mengenai nasibnya musim depan sama ada akan terus berada di kelab ini, Arsenal mahupun di tempat lain.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu dipinjamkan ke Bournemouth dan masih mempunyai kontrak bersama Arsenal selama setahun.

Arsenal juga mempunyai hak untuk menjualnya, dan dalam masa sama Wilshere memberitahu dia akan memikirkan perkara tersebut sebaik sahaja tamat aksi musim ini.

Pun begitu, Wilshere dijangka akan berada dalam skuad England di bawah pengurusan Gareth Southgate bulan ini.

“Saya masih mempunyai kontrak selama setahun dengan Arsenal. Sebaik sahaja ianya tamat, saya akan mula memikirkan perkara ini.

“Apa yang penting sekarang ialah, memastikan Bournemouth kekal berada dalam aksi liga ini,” katanya memetik laporan Mstar Online.

England bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan bertemu Jerman dan selepas itu menentang Lithuania pada pusingan kelayakan Piala Dunia bulan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");