Sukan Hari Ini

Zainal Jurulatih Pulau Pinang Yang Baru

Georgetown: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) secara rasmi mengumumkan pelantikan bekas Ketua Jurulatih Selangor dan Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Liga Super negeri itu, hari ini.

Zainal turut menyampaikan sekalung perhargaan diberikan di atas kepercayaan FAP dan berjanji akan memberikan yang terbaik.

“Saya berharap sokongan daripada semua pihak termasuk penyokong setia Harimau Kumbang selain akan mula bertugas secara rasmi Isnin ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Hadir sama, Presiden FAP, Zairil Khir Johari, Pengurus FAP, L Karthiresan dan Penolong Jurulatih, Darren Read serta Exco FAP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");