Membawang Hari Ini

Zainol MacWilson Terkilan Digugurkan Dalam ‘Badang’ Tanpa Diberitahu

PETALING JAYA: Pelakon Zainol MacWilson terkilan apabila dia tidak diberitahu untuk digugurkan daripada terlibat membintangi filem Badang arahan Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.

Zainol, 58, berkata, dia hanya mengetahui namanya tidak disenaraikan sebagai pelakon menerusi beberapa promosi filem itu yang sedang menjalani penggambaran.

“Saya sudah menandatangi kontrak untuk berlakon dalam filem itu tahun lalu dengan bayaran yang agak rendah tapi saya terima kerana sudah lama tidak berlakon.

“Mereka beritahu penggambaran akan dilakukan awal tahun ini, tapi saya pelik juga apabila promosi awal tentang filem itu dilakukan tanpa seorang pun daripada pihak produksi menghubungi saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari MacWilson dihubungi bagi mengulas tentang perkembangan kerjaya lakonan selepas kembali aktif dengan dunia lakonan tanah air sejak tahun lalu.

Bapa kepada aktres Zahirah MacWilson ini berkata, dia memahami jika pihak produski membatalkan hasrat dan mengugurkan namanya daripada senarai pelakon, namun kecewa ia dilakukan tanpa cara yang betul.

“Saya tidak kisah jika menggantikan nama saya dengan pelakon lain yang lebih baik, tapi sekurang-kurangnya mereka beritahu saya agar saya tidak tertunggu-tunggu.

“Saya sudah hubungi pihak produksi tapi tidak dilayan walaupun saya tahu mereka membaca mesej yang saya berikan,” ujarnya memetik sumber Mstar online.

Filem Badang menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.

Karya berbentuk adiwira adaptasi daripada kisah rakyat itu sudah menjalani penggambaran pada 15 Januari lalu.

Badang terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zainol berkata dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bawah produksi A.Aida Production tidak lama lagi.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");