Perak Hari Ini

Zambry Tak Kekok Bermain Di Sawah

PARIT : Tidak kekok! Itu yang boleh digambarkan apabila melihat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turun ke sawah untuk menangkap ikan keli dan bermain futsal bendang di Kampung Senin, di sini, hari ini.

Program sukan bendang adalah program kedua beliau bersempena dengan Program Permukiman Menteri Besar Perak ke Daerah Perak Tengah yang bermula hari ini dan berakhir, pada Sabtu.

Selain acara menangkap ikan keli dan futsal bendang, turut diadakan ialah pertandingan panjat tiang licin, pukul bantal dan pertandingan menangkap itik.

Zambry ketika ditemui berkata, turun ke sawah bukanlah satu perkara baru baginya memandangkan beliau pernah membantu keluarga angkatnya di sawah padi sewaktu belajar di Parit Buntar.

Ujarnya, acara santai  membolehkan rakyat mendekati pemimpin masyarakat tanpa ada sebarang protokol.

“Kawasan di Kampung Senin ini kebanyakkannya dikelilingi oleh sawah padi dan mereka menganjurkan program berkaitan sawah padi.

“Melalui program sebegini, rakyat dapat bersantai dengan pemimpin tanpa protokol,”katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Exco kerajaan negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");