Perak Hari Ini

15 Kontraktor Ditipu, Rugi Lebih RM 2.5 Juta

IPOH: Seramai 15 orang kontraktor hari ini telah membuat laporan polis setelah mereka menjadi mangsa penipuan melalui surat tawaran tender Jabatan Perhutanan Perak di Balai Polis Sungai Senam di sini, hari ini.

Jumlah kerugian yang yang dianggarkan melebihi RM 2.5 juta.

Suspek yang dikenali sebagai Mohd Faiz Shuhaimi, 31, telah menjalankan kegiatan penipuan ini dengan menggunakan surat tawaran tender palsu dari Jabatan Perhutanan Perak dan menipu mangsa-mangsa untuk membuat pelaburan di dalam projek yang ditawarkan.

Menurut salah seorang mangsa, Aznol Rizal, yang mengalami kerugian sebanyak RM 120 ribu, beliau telah berurusan dengan suspek selama dua tahun dan diawalnya tiada sebarang tanda-tanda penipuan kerana setiap pelaburan yang dibuat akan mendapat pulangannya cuma jumlahnya tidak seperti yang dirancang.

“Saya mengenali mangsa sebelum ini sewaktu selalu ke gym dan juga melalui kawan-kawan. Saya sudah berurusan dengan suspek selama dua tahun dan diawalnya saya tidak nampak sebarang penipuan yang dibuat oleh mangsa sehinggalah kes ini telah viral di facebook pada dua minggu lepas.

“Sekarang ini suspek sudah melarikan diri, saya cuba hubungi tapi tiada jawapan dan keluarga dan isteri dia juga sudah melarikan diri,” katanya.

Tambah beliau juga, suspek telah merancang kegiatan ini dengan berniat untuk menipu kontraktor dan suspek disyaki menggunakan wang pelaburan itu untuk berjudi.

Bagi Safaruddin Ari pula, beliau tidak menyangka akan tertipu kerana beliau melihat suspek seorang yang berpewatakan baik dan suspek juga pernah membawanya untuk berjumpa dengan Timbalan Pengarah Silvikultur Jabatan Perhutanan Perak.

“Suspek pernah membawa saya untuk berjumpa dengan sesorang yang didakwanya adalah Timbalan Pengarah Silvikultur Jabatan Perhutanan Perak dan kerana individu yang dibawanya itu memang mempunyai gaya seorang pegawai jadi saya tidak syak apa-apa.

“Tetapi saya mula syak kerana ada kesilapan pada surat tawaran tender dan surat sebut harga dan saya mengambil keputusan untuk ke pejabat perhutanan untuk mencari individu tersebut namun semuanya hampa apabila saya dimaklumkan individu tersebut tidak wujud,” katanya.

Beliau yang mengalami kerugian sebanyak RM 148 ribu itu mengatakan suspek adalah merupakan penipu yang profesional kerana berjaya menipu ramai kontraktor.

Sidang akhbar yang diadakan hari ini adalah bertujuan untuk mengelakkan lebih ramai mangsa yang akan tertipu kerana suspek masih bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");