Jenayah

2 beradik tak sempat lawat mak sakit

TAWAU: Dua beradik yang juga mangsa kemalangan mengorbankan enam orang di Lahad Datu, malam tadi, dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menziarah ibu mereka yang sakit.

Dalam kejadian jam 10 malam di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu-Tawau itu, Ismail Mangu, 25 dan Farida Perada, 35, maut selepas PROTON Saga dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda.

Dua anak Ismail, Sharil, 5 dan Putri, 2, serta dua warga Indonesia, masing-masing pemandu dan penumpang PROTON Saga, turut terbunuh.

Abang Ismail, Efandy Kia, 29, berkata beliau bersama Ismail dan Farida serta seorang lagi adiknya, Samsudin, 27, bertolak dari Kota Kinabalu untuk pulang ke kampung, kira-kira jam 1 tengah hari semalam untuk menziarah ibu mereka yang sakit.

“Saya sepatutnya menaiki kereta dengan adik dan kakak, tetapi kemudian mengambil keputusan menumpang kereta Samsudin ketika berhenti di Manggatal.

“Kami sepatutnya sampai pada masa yang sama di Tawau,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mereka di Kampung Wakuba, dekat sini, hari ini.

Efandy berkata, beliau berasa bimbang apabila gagal menghubungi telefon bimbit adik dan kakaknya kira-kira jam 9.30 malam tadi.

“Saya cuba hubungi lagi dan terkejut selepas telefon adik disambut oleh pegawai penyiasat polis, yang memaklumkan mereka terbabit dalam kemalangan,” katanya memetik sumber Berita Harian Online.

Jenazah empat sekeluarga itu tiba di kediaman mereka di Kampung Wakuba dari Hospital Lahad Datu, jam 12.10 tengah hari tadi.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Wakuba, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");