Jenayah

2 Jururawat Parah Nahas Di Pendang

PENDANG: Dua jururawat dari Hospital Sik parah, manakala empat lagi cedera ringan selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 70.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, Kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 pagi ketika kereta jenis Toyota Fortuner milik Hospital Sik itu dalam perjalanan dari arah Pendang menuju utara.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.53 pagi.

Beliau berkata, seorang pegawai bersama lapan anggota dari BBP Guar Chempedak bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan terdapat enam mangsa terbabit dalam kejadian itu.

“Semua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam dengan tiga dari mereka sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, oleh orang awam,” katanya.

Safuwan berkata, pihaknya bertindak memberi rawatan awal kepada tiga lagi mangsa yang masih berada di lokasi, sebelum menghantar mereka ke hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");