Jenayah

2 Lelaki Maut Lori Rempuh Tiang Transformer Elektrik

MUKAH: Dua lelaki maut akibat cedera parah selepas lori dinaiki merempuh tiang transformer elektrik di Kilometer 7, Jalan Mukah-Balingian di sini malam tadi.

Memetik sumber Utusan Online, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa, Edin Mil, 22, dan Jacky Jasam, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintenden Bingkok John berkata, seorang lagi mangsa, Augustine Donul Gasan, 19, hanya cedera ringan.

Beliau berkata, kemalangan berlaku semasa lori tiga tan dipandu oleh Edin dalam perjalanan menuju ke Mukah dari arah Balingian.

“Tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang transformer elektrik di bahu jalan tersebut.

“Rempuhan kuat menyebabkan lori tersebut terbalik dan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, mayat kedua-kedua mangsa sudah dibawa ke Hospital Mukah untuk dibedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");