Perak Hari Ini

2 Pekerja Maut Dalam Saluran Air

IPOH: Dua pekerja penyelenggaraan maut selepas terjatuh ke lubang saluran air di hadapan sebuah kompleks beli-belah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, kedua-dua pekerja tersebut dipercayai tidak memakai alat bantuan pernafasan, terjatuh ketika sedang menuruni anak tangga di dalam lubang berkenaan bagi kerja-kerja pembersihan saluran.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.34 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati kedua-dua mangsa yang berumur 27 tahun berada di bahagian dasar saluran itu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba berpakaian lengkap dengan alat bantuan pernafasan memasuki lubang berkenaan kemudian mengikat tubuh mangsa.

“Bomba berjaya menaikkan kedua-dua mangsa menggunakan tali yang diikat pada badan mereka,” katanya.

Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan yang mengesahkan mereka sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.09 pagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");