Jenayah

26 Tukang Cuci Wanita Warga Indonesia Diselamatkan

BUKIT MERTAJAM: Polis menyelamatkan 26 pekerja pembersihan warga Indonesia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Kulim di sini, petang semalam.

Memetik sumber Berita Harian Online, dalam serbuan jam 6 petang itu, semua mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci mendedahkan diarahkan bekerja setiap hari dan tidak dibenar meninggalkan premis yang menjadi kediaman mereka sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata polis turut menahan dua wanita tempatan iaitu pemilik premis berusia 47 dan 48, termasuk seorang penyelia wanita warga Indonesia.

Katanya, tangkapan itu dibuat selepas mendapati terdapat unsur semua mangsa berusia antara 20 hingga 42 tahun itu dieksploitasi suspek sepanjang mereka bekerja di premis berkenaan.

“Siasatan ke atas syarikat yang menjalankan perkhidmatan mencuci dari rumah ke rumah itu mendedahkan semua mangsa bekerja setiap hari tanpa cuti dan tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana, selain turut tidak dibenarkan beribadah.

“Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit, memiliki wang dalam simpanan sendiri dan sekiranya tidak menuruti arahan, gaji mereka akan dipotong majikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nik Ros berkata, polis turut mengesyaki terdapat unsur pemerdagangan manusia dan suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");