Perak Hari Ini

260 Unit Rumah PPR Bakal Dibina Di Kamunting

TAIPING:Prihatin mengenai masalah perumahan melibatkan rakyat, 260 unit rumah pangsa melibatkan kos sebanyak RM39 juta bakal dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kamunting di sini

Terdahulu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan tempatan Tan Sri Noh Omar telah merasmikan pra pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kamunting yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut berlangsung Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2017.

Menurut Noh, projek ini mampu memberikan manfaat kepada orang awam dan berjalan seperti yang dirancang.

“Kita berharap ia dapat membantu mengatasi masalah perumahan melibatkan rakyat yang berpendapatan RM3,000 kebawah,” katanya.

Projek perumahan PPR berhampiran pekan Kamunting telah bermula pada 24 Disember 2016 bagi proses kerja-kerja pembersihan tapak dan dijangka siap pada 2019.

PPR ini dibina diatas tanah seluas 26.52 ekar iaitu bilik berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur serta dengan kemudahan asas seperti tadika surau, bilik komuniti dan padang permainan.

Jelasnya lagi kesukaran pembayaran balik sewa oleh pemilik rumah PPR boleh diatasi menerusi skim Rent to Own yang diperkenalkan kerajaan.

Menerusi skim tersebut pemohon hanya perlu membayar sewa dan dalam tempoh 20 hingga 30 tahun, rumah itu akan jadi milik mereka.

“Rent to own adalah satu skim baru yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah penghuni rumah PPR yang sukar untuk membayar sewa.

“Jika dua tahun perjanjian pemilik gagal menjaga rumah dengan baik bermakna 20 tahun akan datang tidak akan mampu menjaga rumah jadi ia berhak diberikan kepada penyewa yang layak,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");