Berita Hari Ini

31,061 Askar Wataniah ‘diburu’

GEORGETOWN: Seramai 31,061 anggota askar Wataniah yang tidak aktif akan ‘diburu’ bermula awal bulan hadapan, bagi proses mengemas kini keanggotaan pasukan keselamatan itu.

Memetik sumber Berita Harian, Asisten Panglima Pasukan Simpanan Askar Wataniah, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Abdul Mutalib, berkata pihaknya akan memulakan pencarian dari rumah ke rumah, selain menggunakan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya anggota terbabit sudah berpindah.

“Bagaimanapun, kami mengalu-alukan anggota yang tidak aktif untuk tampil serah diri ke kem berhampiran atau di kem yang mereka sepatutnya melaporkan diri.

“Tujuan kita hanya untuk tahu sama ada mereka masih berminat untuk menjadi anggota wataniah atau tidak. Ini untuk mengoptimum dan mengurus perbelanjaan kami dengan lebih berhemah pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Abdul Rahim mengadakan Lawatan Ulung ke Rejimen 509 Askar Wataniah di Lebuh Peel, pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");