Perak Hari Ini

391 Peserta SKSJ Dapat Lesen Memandu

IPOH: Seramai 391 peserta Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) daerah Kinta hari ini telah berjaya lulus dan layak memperolehi Lesen Memandu Kelas B2 Motosikal.

Program tersebut terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang dikategorikan sebagai warga emas berusia 45 tahun keatas di Semenanjung Malaysia dan 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak serta 21 tahun ke atas bagi masyarakat Orang Asli.

Penyampaian replika lesen memandu telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Sri Nadzri Siron yang hadir bagi majlis perasmian penutup Program SKSJ hari ini yang telah berlangsung di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor.

Menurut Nadzri, kesemua peserta program ini telah mendapat latihan dari pegawai-pegawai JPJ sendiri berbanding kebiasaannya dimana mereka perlu mendapatkan khidmat dari pusat latihan memandu.

“Melalui program ini peserta telah mendapat latihan sepenuhnya dari pegawai JPJ. Latihan yang diberi adalah dari segi teori dan juga praktikal.

“Kos yang perlu dibayar oleh peserta adalah sebanyak RM 180. Ini dikira murah berbanding dengan harga asal untuk membuat lesen memandu,” katanya.

Menurut beliau juga, usaha program ini lebih kepada merakyatkan perkhidmatan awam di mana rakyat di luar bandar khususnya dapat memahami dan mematuhi undang-undang.

“Jika sebelum ini kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai lesen, jadi melalui program ini kita bantu mereka untuk mendapatkan lesen dan kita berharap mereka dapat mematuhi undang-undang jalanraya,” katanya.

Nadzri turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya lulus dan mendapatkan lesen masing-masing.

Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan di masa hadapan dan menjadi salah satu program yang dekat di hati rakyat.

JPJ turut mengadakan pameran yang disertai oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dan diskaun sebanyak 50% bagi membayar saman JPJ.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");