Jenayah

4 ditahan menyamar polis, samun

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat suspek termasuk tiga wanita dipercayai terbabit dalam jenayah samun serta menyamar sebagai polis sejak dua tahun lalu di sekitar bandar raya ini.

Memetih sumber Berita Harian Online, suspek berusia 20 hingga 22 tahun itu termasuk seorang wanita warga Indonesia ditahan dalam dua serbuan berasingan di Taman Ehsan Jaya, Seri Alam dan Flat Larkin, Larkin Idaman dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisoner Sulaiman Salleh, berkata polis turut merampas 19 telefon bimbit, dua set walkie talkie, jam tangan (12), sebuah komputer riba dan parang panjang, selain wang tunai RM300 daripada suspek.

“Modus operandi yang digunakan ialah seorang suspek lelaki dalam kumpulan itu akan menyamar dengan memakai kemeja T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum menahan mangsa pada awal pagi dan menyamun mereka.

“Suspek dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 20 kes samun di sekitar bandar raya ini, manakala tiga wanita terbabit bertindak sebagai ‘orang tengah’ untuk menjual pelbagai barangan hasil jenayah samun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

Sulaiman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");