Jenayah

41 termasuk 36 wanita asing ditahan

JOHOR BAHRU 12 April – Polis negeri ini menahan 41 orang termasuk 36 wanita warganegara asing dalam satu serbuan di sebuah pusat spa di Bandar Seri Alam, Masai di sini malam tadi.

Memetik sumber Utusan Online, serbuan pada pukul 7.30 malam itu dijalankan sepasukan polis dari D7 Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam dalam usaha membanteras kegiatan maksiat dan pemerdagangan orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semua yang ditahan termasuk penjaga berusia antara 18 hingga 37 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, wanita Vietnam 18 orang, Thailand (10), Indonesia (4) dan Laos (4),” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, antara barangan yang turut dirampas ialah 24 keping kondom, minyak pelincir KY dan kertas dipercayai tercatit senarai langganan khidmat seks.

Beliau berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 55B (1) dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");