Jenayah

5 Didakwa Rompak 24 Calon Tentera

SEREMBAN: Dua anggota tentera dan tiga bekas tentera, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merompak 24 calon perajurit muda, bulan lalu.

Memetik sumber Berita Harian Online, dua anggota tentera itu ialah Mohammad Shah Affendi Shahadan, 29, dan Syah Irwan Kamis, 32. Tiga bekas tentera pula ialah Mohd Faizal Abd Ghafar, 31; Yusof Shamsudin, 24, dan Muhammad Ridhwan Othman, 24.

Semua tertuduh, masing-masing menghadapi 24 pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim G Ramesh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merompak secara berkumpulan terhadap 24 lelaki berusia antara 19 hingga 25 tahun, membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM6,570.31 dan pelbagai telefon bimbit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tepi bangunan kosong Jalan Mambau di sini, antara jam 3.15 petang hingga 7 malam, 31 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak.

Mohammad Shah diwakili peguam Datuk Hanif Hasan, manakala VD Vijaya mewakili Shah Irwan, Yusof dan Muhammad Ridhwan. Mohd Faizal pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM32,000 dan menetapkan 15 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");