Perak Hari Ini

96 Mangsa Ribut Terima Bantuan

SELAMA: 96 penduduk di Kampung Redang Panjang, Ijok yang menjadi mangsa kejadian ribut Sabtu lalu, dapat menarik nafas lega apabila menerima sumbangan dari pejabat Ahli Parlimen Larut hari ini.

Bantuan disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Larut , Datuk Seri Hamzah Zainudin di majlis penyampaian yang diadakan di Dewan Serbaguna Redang Panjang, di sini.

Sumbangan bernilai RM30,000 tersebut melibatkan bantuan untuk membaiki rumah serta wang tunai kepada 11 keluarga.

Hamzah yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, bantuan berkenaan diberikan bagi meringankan beban mangsa bencana itu terutama dalam menampung kos membaiki kediaman mereka yang rosak.

Sementara itu, seorang penduduk Arbaineh Idris 55, berkata, sumbangan yang diterima itu akan digunakan untuk membaiki kerosakan bumbung rumahnya.

“Syukur dengan bantuan yang diberikan ini dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana banyak membantu kami sepanjang dilanda musibah ini,” katanya.

Pandangan itu turut disokong jirannya, Muniama Varathan 67, yang turut mengalami kerugian apabila bumbung kediamannya rosak akibat ditimpa atap dari rumah lain.

Dia berkata, bantuan yang diterima akan digunakan untuk membaiki kerosakan bumbung dan sebahagian ruang tamu rumahnya.

“Berbanding rumah lain, rumah saya rosak sedikit sahaja dan saya sangat berterima kasih kepada semua pihak kerana banyak membantu kami,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");