Isu Panas

Abdul Hadi, Tuan Ibrahim menang tanpa bertanding

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu tahun ini.

Memetik sumber Astro Awani, Jawatan naib presiden pula menyaksikan lima pencalonan termasuk tiga penyandangnya.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, masing-masing mempertahankan jawatan mereka tanpa bertanding.

Terdahulu 40 orang telah dicalonkan untuk jawatan anggota jawatankuasa pusat untuk mengisi 18 kekosongan.

Pihak yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan sebelum 17 April ini.

Muktamar PAS ke-63 akan diadakan di kedah pada 29 April hingga 1 Mei depan.

Ia akan memilih barisan kepimpinan baru untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebelum itu, Dewan Ulama, Pemuda Dan Muslimat akan mengadakan Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");