Membawang Hari Ini

Acha Septriasa Empat Bulan Hamil Anak Sulung

PELAKON popular Indonesia, Acha Septriasa membawa khabar gembira apabila mengumumkan mengenai kehamilannya.

Menurut sumber portal Liputan 6, Acha mengaku usia kemahilannya kini memasuki bulan keempat. Hal tersebut disahkan oleh Acha semasa menghadiri sebuah majlis di Kota Jakarta.

“Alhamdulillah, kandungan sihat. Sudah masuk 15 minggu. Kami tak kisah jantina anak, asalkan ia sihat,” kata pelakon filem My Heart ini.

Bagaimanapun Acha tak mahu terlalu bercerita mengenai kehamilannya malah suaminya, Vicky Kharisma, menyatakan sokongan terhadap karier isterinya meskipun Acha kini sedang hamil.

“Saya tak halang Acha untuk terus berkarya dan akan terus menyokongnya. Memang ini minatnya sejak dulu lagi, iaitu memajukan karya-karya filem Indonesia.

“Meskipun sedang hamil, Acha bercita-cita untuk sambung pengajian dan mengajar anak muda Indonesia yang meminati dunia seni lakonan,” ujar Vicky.

Terdahulu, Acha dan Vicky telah bernikah pada 11 Disember 2016 di Jakarta, Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");