Jenayah

Adam Rosly Tiba Di Mahkamah

PUTRAJAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly tiba di mahkamah di sini bagi proses mendapatkan perintah reman.

Memetik sumber mStar Online, beliau tiba pada pukul 9.25 pagi Jumaat, berpakaian baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren, diiringi dua pegawai SPRM.

Adam, 29, dibawa untuk menghadap majistret.

Pada Khamis, beliau ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");