Membawang Hari Ini

“Adi Putra tak muncul”

KUALA LUMPUR: Pelakon Adi Putra sekali lagi tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini, untuk sebutan kali kedua kes permohonan cerai terhadap isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof.

Bagaimanapun, Zuhaidah atau lebih dikenali sebagai Aida hadir tanpa diwakili peguam sebelum meninggalkan dewan mahkamah pada jam 9 pagi.

Ketika ditanya berhubung kegagalan Adi, 36, hadir ke mahkamah, Aida, 42, yang kelihatan tergesa-gesa hanya menjawab, “dia (Adi) tak datang”, malah enggan menjawab pertanyaan lain dari media memetik laporan Berita Harian.

Pada 31 Mac lalu, Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim tidak hadir sebutan kes di hadapan Haukim Syarie, Izzat Syazli Mushid.

Permohonan itu difailkan di mahkamah sama, pada 3 Mac lalu.

Sebelum ini, Adi pernah memfailkan permohonan sama terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ditarik balik tidak lama kemudian selepas kedua-duanya mahu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");