Sukan Hari Ini

Akhbar Jerman Tuduh Cristiano Ronaldo Terlibat Kes Rogol

WAKIL Cristiano Ronaldo menafikan sekeras-kerasnya dakwaan laporan akhbar Jerman, Der Spiegel, bahawa bintang Real Madrid itu membayar seorang wanita bagi menutup dakwaan kes rogol.

Gestifute, syarikat pengurusan sukan yang diasaskan ejen Ronaldo, Jorge Mendes, menolak laporan tersebut dan melabelkannya sebagai satu bentuk fiksyen.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Gestifute sebagai respons kepada artikel tersebut, mereka mengecam tuduhan tersebut dan berkata Ronaldo akan melakukan segala-galanya bagi memberi reaksi balas.

Kenyataan tersebut tertulis:”Hari ini, akhbar Jerman, Der Spiegel telah menerbitkan satu artikel berkenaan dengan dakwaan rogol yang ditujukan kepada Cristiano Ronaldo.

“Artikel itu tidak membawa makna apa-apa selain satu bentuk fiksyen.

“Mangsa yang disebut dalam artikel itu enggan tampil ke hadapan dan mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut.

“Der Spiegel menerbitkan laporan tersebut berdasarkan dokumen yang tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak dan berdasarkan e-mel di antara peguam di mana kandungannya tiada kaitan dengan Cristiano Ronaldo.

“Dakwaan bahawa surat yang dihantar oleh mangsa kepada Ronaldo juga tidak pernah diterima.”

Gestifute menambah:”Tuduhan oleh De Spiegel tidak berasas, Cristiano Ronaldo akan mengambil tindakan atas apa yang berlaku.

“Tuduhan merogol adalah sangat menjijikkan dan satu penghinaan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");