Jenayah

Aktivis Peter Chong dikesan masuk Thailand

KUALA LUMPUR: Aktivis Peter Chong, yang dilaporkan hilang sejak 6 April lalu, dikesan keluar dari negara ini melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Dia dikesan pada 7 April lalu berdasarkan gambar yang dirakam oleh Jabatan Imigresen, sekitar jam 6.30 pagi di pintu masuk ke Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya memperoleh gambar Peter menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam menaiki bas.

“Jadi saya tidak tahu apa niat dan tujuannya menghilangkan diri ke sana dan membuat seolah-olah dia diculik dan diviralkan.

“Saya beri amaran, jangan cuba hendak mengelirukan orang ramai, …ini sengaja nak timbulkan rasa gelisah dalam kalangan rakyat kita dan mengembar-gemburkan cerita seolah-olah dia diculik,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, pagi tadi.

Beliau berkata, PDRM kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand, dalam usaha mengesan kedudukan lokasi Peter, pada masa ini.

“Kita tidak tahu, sebab utama dia (Peter) bertindak sedemikian sama ada lari dari hutang atau benda lain itu kita tidak tahu dan sedang siasat,” katanya, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");