Isu Panas

Amanah, DAP Hanya Cetuskan Polemik Politik Rugikan Pembangkang

ALOR SETAR: PAS menegaskan pihaknya tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) terutamanya di Selangor.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kedua-dua parti itu akan mencetuskan polemik politik yang merugikan kepada agenda pembangkang.

Malah beliau menyifatkan kewujudan Amanah sebagai mengganggu usaha PAS dan pembangkang memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU14.

“Amanah mengganggu semua (parti) dan akan jadi ‘spoil’ (jejaskan) usaha untuk menumbangkan kerajaaan BN.

“DAP juga tidak perlu jadi juara dalam isu RUU355 kerana ia akan mencetuskan polemik politik yang merugikan kerana pengundi Melayu akan menilai adakah parti itu diharapkan untuk memimpin negara,” kata Tuan Ibrahim memetik laporan Mstar Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-58 di sini, Khamis.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan bahawa usaha pembangkang untuk menumbangkan BN tidak akan berjaya jika pertembungan tiga penjuru masih berlaku.

Jelas beliau, kumpulan pembangkang perlu memastikan mereka tidak mengganggu kerusi yang dipertandingkan oleh PAS terutamanya di kubu kuat parti itu.

Namun jika situasi itu masih berlaku, beliau menyatakan kesediaan PAS bertanding menentang parti pembangkang lain terutamanya DAP dan Amanah.

“Kita lawan (DAP dan Amanah) kerana kita mempunyai hasrat yang lebih besar untuk membawa perubahan,” tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");