Berita Hari Ini

Anjung Kasih Penuhi Keperluan Golongan Sasar

Inisiatif dan keprihatinan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) mewujudkan rumah penginapan sementara, Anjung Kasih yang bertujuan membantu ahli keluarga pesakit dan golongan gelandangan di bandar, memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

Penyediaan penginapan yang mesra insan bagi pesakit dan ahli keluarga itu, secara tidak langsung turut membantu pihak hospital mengatasi masalah kepadatan pesakit di wad dan juga pengasingan pesakit untuk tidak terdedah risiko jangkitan penyakit.

Anjung Kasih dikhususkan untuk golongan yang memerlukan iaitu ahli keluarga yang kurang berkemampuan, tetapi perlu mengiringi pesakit yang sedang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Kriteria kelayakan

Bagaimanapun, kelayakan penghuni diberikan kepada waris pesakit dari luar kawasan hospital dan keutamaan diberikan kepada waris yang menjaga pesakit serius dan waris pesakit yang tidak berkemampuan. Waris bagi seorang pesakit boleh memohon satu unit sahaja.

Berteraskan modal insan YKN pula adalah sebuah tabung kebajikan yang ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku Pengerusi.

YKN mempunyai visi membantu usaha kerajaan membangunkan anggota masyarakat, terutama golongan berkeperluan dan ia berteraskan modaliti penjanaan modal insan.

Bagi mencapai matlamat itu, YKN berusaha menjalin perkongsian bijak dengan pelbagai sektor supaya dapat memajukan taraf hidup dan keselesaan golongan yang memerlukan.

YKN turut menetapkan objektif memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat negara ini, khususnya kebajikan kanak-kanak dan keluarga.

Justeru, untuk mencapai tujuan berkenaan, YKN menggariskan beberapa tekad untuk mencapai matlamatnya.

Bantu tingkat taraf hidup

Antaranya, membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan pertolongan melalui peruntukan kewangan dan pelbagai perkhidmatan kebajikan, kesihatan serta pendidikan.

Selain itu, YKN juga mahu menggalakkan dan memberi penekanan khusus di dalam usaha memupuk perkhidmatan kebajikan keluarga serta kanak-kanak.

Pada masa sama, YKN menggalakkan dan membantu perkembangan pertubuhan kebajikan sukarela yang berusaha meningkatkan kualiti rakyat Malaysia serta mempunyai tujuan sehaluan dengan yayasan itu.

Usaha lain adalah menyebarkan maklumat dalam bidang kebajikan masyarakat, menganjurkan kehadiran peserta ke seminar, persidangan dan bengkel berkaitan dengan kebajikan masyarakat, memetik sumber Berita Harian Online.

Lokasi Anjung Kasih seluruh negara

Anjung Kasih Hospital Selayang
Lebuh Selayang,
Kepong, 68100 Batu Caves,
Selangor. No. Tel: 03-61377097

Anjung Kasih Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Hospital, 30400 Ipoh Perak.
No. Tel: 05-2085000

Anjung Kasih Hospital Tuanku Ja’afar
Jalan Rasah, 70300
Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel: 06-7684000

Anjung Kasih Hospital Umum Sarawak
Jalan Hospital, 93586 Kuching, Sarawak.
No. Tel: 082-276666

Anjung Kasih Hospital Miri
Jalan Cahaya,
98000 Miri, Sarawak.
No. Tel: 085-420033

Anjung Kasih Hospital Sibu
Batu 5 1/2, Jalan Ulu Oya,
96000 Sibu, Sarawak. No Tel : 084-34333.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");