Perak Hari Ini

Anjung Singgah Perak Bantu Golongan Gelandangan

IPOH:Kerajaan negeri melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah mewujudkan Anjung Singgah Perak bertujuan untuk membantu dan menyalurkan sumbangan kepada golongan gelandangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim berkata ia adalah pusat rujukan intervensi bagi golongan gelandangan dan menyediakan kemudahan secara percuma.

“Ia kini beroperasi di No.12 Jalan Medan Istana, Bandar Raya di Ipoh dimana berfungsi untuk memberikan bantuan dan khidmat kaunseling sama ada secara individu atau berkelompok.

“Makanan dan bantuan kebajikan yang diperlukan oleh gelandangan diberikan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain,” katanya menjawab soalan lisan oleh ADUN Pokok Assam The Kok Lim pada sesi persidangan Dewan Negeri hari ini.

Katanya, pusat tersebut telah memulakan operasinya secara rasmi pada 9 Januari lalu dengan menyediakan 36 buah katil iaitu 24 katil bagi kaum lelaki dan selebihnya bagi golongan wanita.

“Setakat 10 April, seramai 62 orang telah mendapat perkhidmatan daripada Anjung Singgah iaitu 36 orang menginap dan 26 lagi tidak menginap,” katanya.

Jelasnya lagi, setakat ini sejumlah 62 orang gelandangan iaitu 50 lelaki dan 12 wanita telah mendapatkan bantuan di Anjung Singgah Perak.

Tambah Rusnah lagi, pusat tersebut bukan sahaja menyediakan tempat sementara malah turut membantu golongan berkenaan mencari pekerjaan supaya mereka supaya dapat berdikari.

“Kita bukan hanya memberi makanan percuma sebaliknya peranan pusat ini lebih luas untuk memberi dan mencari jalan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dalam tempoh empat bulan.

“Sehingga kini antara usaha yang telah berjaya dilaksanakan adalah mencari rumah sewa untuk dua orang gelandangan dan empat penghuni telah dicarikan pekerjaan di Taiping dan di Ipoh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");