Berita Hari Ini

Annuar Musa Masuk Wad HUSM

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada awal pagi Sabtu.

Memetik sumber mStar Online, Ahli Parlimen Ketereh itu juga dikatakan pening dan muntah pada pukul 6 pagi tadi.

Mesej yang tersebar juga memaklumkan mengenai Ketua Penerangan Umno itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) hospital berkenaan.

Semua pihak juga diminta mendoakan kesihatan Annuar atau dikenali dengan nama singkatannya, TSAM.

“TSAM skrg berada di ward. Doktor menasihatkan TSAM berihat dan pelawat tidak digalakkan buat masa ini.

“Moga kita sama-sama doakan TSAM sembuh segera,” kata pegawai media Annuar, Zian Johari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");