Membawang Hari Ini

Anzalna Tidak Peduli Apa Orang Kata

Pelakon jelita, Anzalna Nasir tidak peduli dengan kata-kata orang tentang rumahtangganya kerana hanya dia dan suaminya sahaja yang mengetahui kebahagiaan yang sedang mereka kecapi.
Biarpun masih belum dikurniakan zuriat, Anzalna tidak kecewa kerana dia percaya rezeki untuk menimang cahaya mata hanya ditentukan oleh Allah bukan manusia.
Jelas Anzalna, rumahtangga yang dibina bersama Hanif Zaki semakin bahagia setelah setahun mereka bersama dan keduanya saling menyanyangi.
“Orang luar boleh berkata apa sahaja tetapi hakikatnya hanya saya dan suami sahaja yang mengetahui kebahagiaan rumahtangga kami.
“Saya tidak boleh menutup mulut orang yang mahu bercakap perkara buruk mengenai saya atau rumahtangga saya tetapi apa yang saya tahu, saya dan suami sangat bahagia.
“Benar kami belum dikurniakan cahaya mata tetapi itu bukan penyebab untuk kami berselisih faham. Soal anak itu rezeki yang Allah tentukan,” katanya.
Selepas setahun mendirikan rumahtangga dan berehat seketika dari dunia lakonan, Anzalna kini kembali aktif demi minatnya dalam bidang itu.
“Suami mengizinkan saya untuk kembali berlakon dan saya akui saya rindu untuk kembali berlakon,” jelas Anzalna.
Anzalna Nasir atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 29, sah bergelar isteri kepada Hanif atau nama sebenarnya Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 29, pada jam 9.20 pagi, 21 Februari tahun lalu.
Merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh bapa Anzalna, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");