Berita Hari Ini

Awas jika anda pemegang PHD palsu!

SHAH ALAM – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil beberapa langkah bagi mengekang penyalahgunaan status pemilikan Ijazah Kedoktoran (PHD) palsu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap berkata, antara langkah yang diambil KPT termasuk membangunkan pangkalan data khas bagi menyemak kesahihan status pemegang PHD individu.

“Pangkalan data yang sedang dibangunkan itu akan mengandungi senarai nama semua pemegang PHD yang sah daripada universiti awam dalam negara ini.

“Ia akan membolehkan orang awam menyemak dan mengesahkan status PHD seseorang,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Dalam pada itu katanya, KPT juga sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya terdapat penyalahgunaan ijazah PHD palsu melalui internet bagi menyekat mana laman web yang disyaki.

“Kita juga bekerjasama dengan PDRM sekiranya kes salah guna status boleh menyebabkan kerugian ke atas mana-mana pihak.

“Dan kita juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati supaya semak status sijil individu melalui Agensi Kelayakan Malaysia MQA, sekiranya melibatkan institusi Malaysia dan sekiranya melibatkan institusi di luar negara boleh disemak melalui pihak kuasa universiti negara berkenaan,” katanya.

Malah jelasnya untuk seseorang menghabiskan tempoh pengajian PHD mengambil masa tiga sehingga lima tahun bergantung kepada jenis pengajian.

Kes-kes kelulusan akademik palsu terutamanya ijazah PHD sering berlaku di Malaysia,lazimnya dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu dipandang tinggi oleh masyarakat selain mahu menggunakan status itu untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");