Membawang Hari Ini

Minggu Lepas Nafi, Hari Ini Faye Kusairi Nikah Dengan Bekas Suami Elly Mazelin

Minggu lepas bukan main lagi pelakon Faye Kusairi menafikan akan melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya, Azmi Hatta yang juga bekas suami Elly Mazelin.
Bagaimanapun, hari ini, secara tertutup Faye selamat menjadi isteri kepada Azmi dalam satu majlis yang diadakan di di kondominium D’Pines, Jalan Ampang,  dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Khabarnya Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik gambar kad jemputan perkahwinannya di laman Instagtam miliknya beberapa jam selepas akad nikah, manakala  foto sekitar majlis pernikahan itu dimuat naik oleh kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub.
“Assalamualaikum..Terimakasih diatas semua doa selama ini..Yang baik datang dari Allah,segala kekurangan dari saya sebagai hambanya.
“Doakan majlis yang kecil ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan serta diberkati. AaaminnYaRabbalAlaminnn..” tulis Faye di laman Instagramnya.
Faye dan Azmi mula mengenali satu sama lain ketika penggambaran drama berjudul Istiharah Cinta pada November 2014.
Kontroversi cinta pasangan itu mula tercetus selepas Azmi menceraikan penyanyi Elly Mazlein pada 15 Oktober 2015 ketika sedang hamil empat bulan.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");