Membawang Hari Ini

Bade Kecewa LPF Potong Bahagian Penting Filem Sindiket

Lembaga Penapisan Filem (LPF) sepatutnya menyunting filem dengan lebih kemas tanpa mencacatkan elemen penting sesebuah filem.

Pengarah filem, Bade Azmi kecewa apabila beberapa bahagian penting daripada filem aksi terbarunya, Sindiket dipotong oleh LPF.

Kata Bade, tujuh bahagian dalam filem Sindiket yang diterajui Sharnaaz Ahmad dan Daphne Iking ‘hilang’ selepas suntingan LPF.

Bade menjelaskan, dia akur dengan tapisan LPF tetapi tetap tidak berpuashati kerana Sindiket disunting dengan cara yang tidak kemas.

“Filem yang ditapis, ada banyak beza. Masa saya buat filem ini, saya melihat daripada aspek kreativiti, seni dan cara penyampaian cerita dengan baik,” katanya.

Jelas Bade, dia cuba menyampaikan plot cerita dalam bentuk visual tanpa mensensasikan watak dengan aksi lucah atau keterlaluan.

Malah Bade menafikan terdapat adengan rogol melibatkan pelakon Liyana Jasmay dalam filem tersebut.

“Tak ada… adegan seks atau aksi bersentuhan tak ada. Apa yang ditayangkan hanyalah camera trick (helah kamera).

“Namun saya sedar ada babak yang menunjukkan seorang gadis terjun dari atas jambatan telah dipotong. Sepatutnya penonton boleh nampak aksi gadis berkenaan terjun… bukan senang nak buat aksi itu,” katanya lagi

‘Sindiket’ mengetengahkan isu pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia dan antara yang melakonkan watak remaja diculik bagi tujuan itu ialah Liyana Jasmay dan Sharifah Amani.

Kedua-dua mereka diculik untuk dijadikan hamba seks.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");